Welcome everyƶne ! Thank u for visiting my special site ! If u want to contact me, please leave the comment in any post entry. **pr welcome! If u would like for me to review a product or host a giveaway 4 u, please feel free to contact me! I will write review for your site and blogshop and put your banner shop for 4month!**
 
♥~♥~current BIG giveaway~♥~♥ Click on the picture!

Tuesday, August 17, 2010

1st Solid Food Full With Love Giveaway

Cadangan makanan :

Bubur Nasi

Bahan2nya:
5 sudu bsr beras yg telah dikisar / tepung beras (Basuh beras,jemur dan dikisar kering, ini lebih bersih dan selamat dari penggunaan blender basah yg sama digunakan utk mengisar cili kering selain mempercepatkan masak dan terus dihidangkan kepada bayi yang masih belum tumbuh gigi)
Sedikit ikan bilis / isi ikan / isi ayam daging dipotong halus tanpa tulang
1biji Kentang / lobak merah didadu
Sedikit daun sawi dipotong halus
1 sudu minyak masak (jika anak agak kurang berat badan )
Sedikit garam

1 biji telur
} jika mahu

Cara2nya:
campurkan kesemua bahan dengan air,kacau hingga mengelegak dan bubur masak atau agak2 pekat. Boleh masukkan telur jika suka dan tambah sedikit susu ibu/tepung atau santan sebelum menggelegak.


*Bahan boleh di ubah suai, dan pastikan 1 hidangan mengandungi salah satu sumber protein dari telur/ayam,daging,ikan, kekacang spt dhal,soya dan sumber zat besi dari tumbuhan hijau spt sawi, sayuran campur dan sebagainya dan vitamin dari buah seperti epal,oren,pisang.

Cadangan kedua :


(sumber : klik gambar )

Bubur gandum / barli (7/8 bln keatas yang telah tumbuh gigi )

Bahan2nya:
Gandum/Barli (rendam sekurang-kurangnya 4 jam)
Santan
Sedikit air
Gula merah / gula biasa
Sweet corn dalam tin / jagung (hanya ambil isi) } jika suka
Daun Pandan untuk aroma.

Cara2nya:
Rebuskan gandum /barli dengan air. Setelah masak masukkan jagung,santan,gula,daun pandan. Sentiasa kacau hingga pekat atau santan telah menggelegak dan boleh ditambah air jika tidak mahu terlalu pekat. Tutup api dan hidangkan sejuk atau panas.

*Gandum boleh menjadi gantian beras dan dimasak seperti bubur nasi*


Jom ibu ,ayah atau babysitter sertai 1st solid food full with love giveaway !
Hadiah sangat menarik menanti pemenang entri paling kreatif !

Tarikh tutup : 25 Ogos 2010

1 comment: